tag:blogger.com,1999:blog-64086128132872103802024-03-20T18:16:53.740+08:00MORAL TERKINIIsu-Isu Moraldragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.comBlogger16125tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-17613068268406772372011-02-14T19:35:00.000+08:002011-02-14T19:35:38.639+08:00Bahan LucahBahan-bahan lucah boleh diibaratkan sebagai dadah. Cuma kesannya secara sedikit demi sedikit merosakkan hati dan fikiran. Ia boleh mengakibatkan ketagihan yang akan membawa kesan buruk jangka panjang. Ia seperti bom jangka yang menyala di dalam diri. Ciri-ciri ketagihan yang ada pada dadah, rokok dan perkara yang seumpamanya ada pada bahan-bahan lucah. Misalnya, bila kita melihat bahan-bahan lucah ia hanya memberi kesan seronok yang sementara. Namun lama-kelamaan ia akan menjadi fokus utama dalam hidup tanpa disedari.

KETAGIHAN seks di kalangan remaja mungkin agak melampau jika dihebahkan kerana dalam usia muda, mereka sepatutnya menumpukan kepada perkara-perkara berfaedah.

Namun, pengaruh persekitaran, perkembangan teknologi dan lambakan bahan-bahan lucah menyebabkan minda re maja mudah terdorong ke arah aktiviti tidak sihat.

Jika sahaja gejala Mat Rempit yang sanggup menggunakan gadis bawah umur atau bohsia untuk memuaskan nafsu mereka. Itu belum mengambil kira tindak tanduk remaja yang terjerumus dalam kancah maksiat seperti pelacuran, pelanggan pelanggan (GRO) dan dadah. Remaja zaman siber bukan seperti zaman belum merdeka kerana minda mereka berkembang dengan pantas dan boleh melakukan sesuatu secara tiba-tiba. Pendedahan terhadap bahan pornografi termasuk filem lucah sejak kanak-kanak mendorong seseorang mengalami ketagihan seks apabila meningkat remaja. Gejala ketagihan seks boleh mendorong jenayah seksual dikalangan remaja kerana dalam usia belasan tahun, mereka mempunyai sifat ingin tahu.dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-55793584764155419932011-02-14T19:26:00.000+08:002011-02-14T19:26:28.841+08:00Hukuman MatiSuatu hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh samada secara pancung, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

PIHAK YANG MENENTANG HUKUMAN MATI

-Hukuman mati tidak berperikemanusiaan, kejam,zalim dan tidak bertamadun serta menjatuhkan martabat manusia. Ketidakadilan dan kesilapan mungkin berlaku dalam pengadilan dan penjatuhan hukuman.

-Mengganggu proses perundangan sesebuah negara kerana memakan masa perbicaraan yang lama.

-Tidak dapat mencegah jenayah berbanding hukuman penjara untuk jangka masa panjang.

PIHAK YANG MENYOKONG HUKUMAN MATI

-Adil bagi mereka yang melakukan kesalahan besar seperti membunuh. Pesalah merbahaya tidak semestinya dibiarkan hidup kerana dia akan mengulangi perbuatannya atau mempengaruhi orang lain.

-Dapat mengurangkan kos yang tinggi untuk memelihara banduan di dalam penjara untuk tempoh masa yang lama. Sebagai satu cara pencegahan - Amaran untuk orang ramai.

Pandangan mengenai hukuman mati

Di Malaysia, hukuman mati dijalankan contohnya di bawah Akta Senjata Api, Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan membunuh orang.

Dari sudut agama Islam pula, hukuman mati termasuk dalam jenayah hudud dan qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati ialah sebagai pembalasan, pencegahan dan pemulihan.

Sumber:

Wikipediadragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-64678470145887391882011-02-14T19:17:00.001+08:002011-02-14T19:18:41.482+08:00Penyalahgunaan DadahPenyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

Tanda dan gejala

Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat dalam penyalahgunaan dadah?

• Resah, gelisah

• Prestasi kerja atau akademik yang merosot

• Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja

• Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian

Perubahan emosi secara tiba-tiba

• Bercakap merepek

• Mengabaikan penampilan diri

• Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah

• Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik

tidur dan rasa curiga yang keterlaluan kepada yang lain

• Kelihatan letih, penat dan mamai

Sumber:

PENGASIH

AADKdragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-53625850215518745332011-02-14T19:05:00.000+08:002011-02-14T19:05:59.779+08:00AIDSLaman Web Majlis AIDS Malaysia (MAM) meletakkan tanda amaran di halaman hadapannya, bahawa pada masa ini dianggarkan setiap hari kira-kira 10 rakyat negara ini dikesan dijangkiti HIV positif (Human Immunodeficiency Virus) iaitu sejenis virus dari kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat kepada pesakit.

Statistik yang ada di negara kita tentang mereka yang dijangkiti agak membimbangkan walaupun dikatakan pencapaian usaha advokasinya lebih baik dari sasaran yang ditetapkan dalam Milennium Development Goal (MDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu secara global. MDG digariskan sejak tahun 2003 melalui Resolusi 58/133 untuk dicapai menjelang 2015 nanti.

Data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan seramai 33.4 juta orang di seluruh dunia dijangkiti HIV pada tahun 2008 sekali gus menjadikan ia penyakit jangkitan utama yang membunuh lebih dua juta orang pada tahun tersebut.

Di Malaysia, statistik antara tahun 1986 hingga Jun 2008 menunjukkan sebanyak 86,127 orang dijangkiti HIV dan lebih daripada 14,000 kes AIDS dengan bilangan lelaki yang dijangkiti HIV melebihi 78,000 orang, berbanding dengan data dunia yang menunjukkan wanita lebih banyak menjadi mangsa.

Bilangan terbesar mereka yang terlibat dikatakan berusia antara 20 hingga 39 tahun yang menjangkau lebih daripada 60,000 orang. Ini tentunya amat merugikan negara kerana usia lingkungan belia itu sepatutnya menjadi sumber manusia produktif dan penyumbang utama pembangunan negara. Itu belum lagi mengambil kira bilangan penagih dadah di negara kita.

Dianggarkan seramai 105, 439 orang hidup dengan virus HIV manakala 13,394 orang mati di negara ini disebabkan oleh Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau AIDS (Acquired Immuno Deficiency Syndrome).

Sudah sampai masanya, masalah pihak-pihak berkenaan berganding bahu dengan profesional, pakar perubatan dan mereka yang arif untuk sama-sama mencari jalan terbaik menanganinya secara tuntas, berhemah dan bijaksana.Hanya dengan keprihatinan semua pihak melalui gabungan tenaga, kepakaran dan pemikiran bersama dapat membantu menangani apa jua masalah sosial yang ada daripada hanya menyerahkan kepada pihak berkuasa dan pertubuhan yang berkaitan semata-mata. Ia menunjukkan keprihatinan dan tindakan yang berterusan untuk faedah semua.dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-47330825021759755482011-02-14T19:02:00.000+08:002011-02-14T19:02:59.020+08:00Pengguguran KandunganPengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan. Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Sumber:

Wikipediadragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-31940837737223779402011-02-14T18:54:00.000+08:002011-02-14T18:54:22.650+08:00Isu Penderaan Kanak-KanakBerdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga 2009.Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes.

Justeru, kita perlu bertindak segera untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum berlarutan. Semua pihak perlu berganding bahu menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara kita. Hanya keluarga yang bahagia dan harmoni mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang dan hebat.

Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita mengenai nilai kekeluargaan sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti kita idamkan supaya kita lebih bersedia untuk menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.

Sumber:

Jabatan Kemajuan Masyarakatdragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-26496289505796535142011-02-14T18:10:00.001+08:002011-02-14T18:44:33.906+08:00BersekedudukanSatu lagi gejala yang semakin menular ialah bersekedudukkan iaitu pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah.Hanya kerana ingin menikmati kebebasan, golongan remaja yang tidak tahu malu sanggup bersekedudukan dalam satu rumah tanpa menghiraukan adab resam dan agama.Difahamkan, bersekedudukan nampaknya sudah menjadi trend di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota dan ia perkara biasa.

Bersekedudukan adalah fenomena yang bermula dari Barat dan kini mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat kita. Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan.

Ini terbukti apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun 2008 seramai 16,541 manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.Angka tersebut meliputi anak-anak yang lahir di luar perkahwinan atau anak luar nikah.

Bagi masyarakat yang sudah luntur nilai moral beranggapan tindak-tanduk seseorang dalam pergaulan seharian adalah soal peribadi yang tidak boleh sesiapa pun campur tangan, termasuk ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang individualistik yang hilang pegangan hidup beragama akan berakhir dengan cara hidup primitif.Golongan ini dengan mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala negatif seperti bersekedudukan.

Sumber:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-22828965265852263232011-02-14T18:05:00.001+08:002011-02-14T18:28:52.179+08:00PelacuranPelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigglo.

Di Malaysia, pelacuran Warga asing dari China, Indonesia, Rusia, Uzbekistan, Thailand dan seumpamanya menjadi umpan mereka untuk menarik pelanggan.Dalam waktu yang sama pengusaha dan pemilik spa dan pusat urut menjadi mewah.

Atas alasan desakan hidup dan ingin membiayai kos pengajian menyebabkan ada segelintir pelajat di IPT terjerumus dalam kancah hina ini.Ada juga disebabkan pernah terpedaya dengan kekasih,pernah terlanjur makan mereka menjadi ketagih seks,jalan mudah mereka melacur diri.

Namun ada yang sengaja memilih jalan ini untuk hidup mewah dan bergaya.Sedikit rupa paras yang jelita memudahkan mereka mencari pasaran.Hari ini perniagaan berlandaskan nafsu seks ini begitu laris.Setiap hari dalam media massa dipaparkan pusat-pusat urut dan spa yang diserbu akibat menyalahgunakan permit. Pengusaha spa dan pusat urut tidak berniaga sepertimana yang tertera dalam permit perniagaan sebaliknya berselindung di sebalik permit untuk melakukan kegiatan pelacuran.

Pihak berkuasa hendaklah sentiasa memantau premis-premis yang menjalankan aktiviti spa dan rumah urut. Pihak berkuasa juga hendaklah menjalankan aktiviti mengempurkan sarang perlacuran bagi membendung masalah pelacuran di Malaysia.dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-71242515984385214082011-02-14T17:55:00.000+08:002011-02-14T17:55:08.550+08:00Masalah Sumbang MahramFenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang masih hangat di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acapkali berita tentang terjadinya sumbang mahram terhias di dada-dada akhbar. Banyak juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khasnya melaungkan suara-suara perjuangan mereka. Ini terutama sekali kerana mangsa yang terlibat adalah seringkali merupakan kanak-kanak perempuan atau gadis di bawah umur.

Definisi Sumbang Mahram

Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan’. Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti ‘laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam’. Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). ‘Sumbang kadim’ yang bererti ‘berzina dengan keluarga yang rapat’ dan ‘sumbang pati’ juga membawa erti ‘ berzina dengan saudara sendiri’.

Undang-undang Berkaitan Sumbang Mahram

Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang mahram didefinisikan sebagai “apabila seorang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang itu”. Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (1997), Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin.

Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak pula telah memberikan takrifan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada di kalangan muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat sementara).

Statistik Sumbang Mahram Di Malaysia

Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam atau sekitar kawasan rumah. Namun begitu statistik yang didapati berkemungkinan adalah tidak tepat kerana terdapat kemungkinan kes-kes kejadian tidak dilaporkan atas beberapa sebab seperti diancam oleh pelaku, rasa malu kerana pandangan rendah daripada masyarakat sekeliling dan tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk melaporkan kejadian.

30% dari kes rogol adalah melibatkan perbuatan sumbang mahram dan pelaku yang paling kerap adalah ayah kandung (48%) sementara bapa tiri pula 24.4% dan pelaku pula berumur di antara 18 hingga 65 tahun. Sementara itu mangsa pula adalah merupakan gadis-gadis di antara umur 11 hingga 15 tahun dan mewakili 54.9% daripada mangsa yang terlibat. Menurut Polis Diraja Malaysia (2003), berikut adalah statistik kes sumbang mahram di antara 1997 hingga 2002:

Jadual Kes Sumbang Mahram di Malaysia

TAHUN JUMLAH KES

1997 247

1998 317

1999 275

2000 213

2001 246

2002 298

Biarpun jumlah kes yang dicatatkan masih berada di bawah angka 300, namun ia mungkin tidak menggambarkan apa sebenarnya terjadi kerana kebanyakan kes yang dilaporkan adalah yang melibatkan gadis bawah umur.

Sumber:

Polis DiRaja Malaysia

Jabatan Agama Islam Malaysiadragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-63806878420277399732011-02-14T17:45:00.000+08:002011-02-14T17:45:55.625+08:00Gangsterisme

Gengsterisme merupakan satu fenomena yang dianggap menular di kalangan remaja dewasa ini. Ia dilihat bukan sahaja berkemampuan menghalang pencapaian pelajar remaja malahan boleh mengganggu-gugat perkembangan remaja dalam arus pembangunan negara. Ia perlu ditangani kerana gengsterisme boleh mempengaruhi pembabitan pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, keciciran sekolah, kekerasan, ketagihan alkohol dan rogol.

Faktor Penyebab Gengsterisme

a) Institusi Kekeluargaan

Arus pemodenan yang pesat di dalam negara penting untuk pembangunan dan peningkatan taraf hidup tetapi sifat sesetengah ibu bapa yang lebih berkecenderungan untuk mengumpul kekayaan dan bekerja di luar rumah menyebabkan remaja ini terabai atau tidak diberi tumpuan sepenuhnya. Ada ibu bapa yang tidak mempunyai pilihan melainkan bekerja untuk menampung kos sara hidup dan mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan.

b) Pengaruh Rakan-Rakan

akan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kehidupan seseorang kerana kesilapan bergaul dengan rakan-rakan yang salah boleh menyebabkan seseorang remaja terkeluar dari kehidupan yang betul malahan penngaruh kuat rakan-rakan ini akan menyebabkan sebilangannya diambil menjadi anggota kumpulan geng ini. Aktiviti mereka bersifat memberontak seperti mengganggu pengajaran guru-guru, ponteng sekolah, merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol. Berpegang kepada ideologi kumpulan menyebabkan masing-masing menunjukkan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan sering bersama membantu mengatasi sebarang masalah baik yang melibatkan pergaduhan, kewangan atau mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan mereka berjaya dikesan.

c) Media Massa

Perkembangan hari ini menunjukkan bahawa media massa memainkan peranan yang sangat penting di dalam mempengaruhi pergerakan remaja. Aksi, pertuturan dan tingkah lakuyang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi ‘role model’ bagi golongan remaja. Pembentukan personaliti melalui media massa dianggap sukar dibendung kerana walaupun diakui media merupakan alat yang boleh mendidik pendengar dan penontonnya, pada waktu yang sama ia boleh membawa penontonnya ke jalan yang salah terutama di kalangan remaja yang cepat terpengaruh seolah-olah apa yang dilihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.

d) Didikan Agama

Kekurangan didikan agama turut mendorong peningkatan aktiviti gensterisme. Secara umumnya, jika didikan agama kukuh di dalam diri individu, maka secara langsung ia boleh menghindar remaja tersebut dari terperangkap di dalam kegiatan gengsterisme. Keluarga yang kurang pendidikan ini juga boleh menyebabkan anak remaja mereka tidak terikat dengan nilai keagamaan serta pembentukan akhlak yang baik lantas terbabas ke dalam kumpulan ini.

Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme

a) Peranan Ibu Bapa

b) Peranan Sekolah

c) Peranan Masyarakat

d) Peranan Mediadragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-16553584497046592482011-02-14T17:34:00.001+08:002011-02-14T17:35:07.741+08:00Seks Sebelum Kahwin

Satu kajian telah dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 mendapati 52% remaja yang berumur antara 17-24 tahun telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks dan separuh daripada mereka telah melakukan seks di luar nikah (Kajian Kesihatan dan Cara Gaya Hidup, Kementerian Kesihatan 1992). Satu lagi kajian telah dijalankan pada akhir tahun 1996 ke atas 30, 233 orang pelajar sekolah menengah (Umur di antar 13-18 tahun) yang mendapati 1.8% remaja telah melakukan seks (Second National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan 1997). 40 % remaja yang berumur antara 13-19 tahun mula dating ketika berumur antara 13 dan 15 tahun. Apabila mencapai umur 18 tahun, 84% telah mula berpegang tangan, 85% telah berkucup dan 83% telah bercumbu (Lembaga Penduduk dan Keluarga Kebangsaan, 1996). Jelasnya kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan remaja yang melakukan seks sebelum nikah pada usia yang muda telah meningkat di negara kita.

Sebab-sebab Melakukan Seks

75% remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks, 71% lakukan seks kerana sudah terangsang, 64% mahukan pengalaman seks, 61% ingin membuktikan rasa cinta dan 58% ingin memuaskan kehendak pasangan. Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks (38% bagi kedua-duanya), manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta (17%).

sumber:

Kementerian Kesihatan Malaysiadragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-4987676150623930152011-02-14T17:15:00.001+08:002011-02-14T17:25:38.101+08:00Isu Rasuah

Definisi Rasuah

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

* Meminta/Menerima Rasuah

* Menawar/Memberi Rasuah

* Membuat Tuntutan Palsu

* Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.

Pandangan Islam Mengenai Rasuah

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

Punca Berlakunya Rasuah

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.

Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.

Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya.

Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi.

Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.

Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik.

Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

Sumber :

Mingguan Malaysia

http://www.islam.gov.mydragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-86691170646387202632011-02-14T17:13:00.001+08:002011-02-14T17:17:38.772+08:00Masalah Rempit

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit

Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.

Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.

PUNCA-PUNCA

1. perasaan ingin mencuba

2. tiada kawalan atau perhatian dari ibu bapa

3. kurang kasih sayang keluarga

4. pengaruh kawan-kawan

5. mengisi masa lapang/senggang

6. mendapat kepuasan ekstrem untuk menunjuk-nunjuk

7. mendapatkan habuan atau ganjaran

8. gaya hidup dan taraf pendidikan yang rendah

9. pengaruh filem atau cerita

10. tanda protes

Sumber Maklumat

Akhbar-akhbar Utama,

Bernama,

Wikipedia,

Portal Komuniti Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi

PanduCermat.org.mydragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-74068306143948801712011-02-07T17:54:00.002+08:002011-02-14T17:58:14.103+08:00Pembuangan bayi

Di akhir-akhir ini berita buang bayi kerap sangat kedengaran di negara kita ini.hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Faktor Penyebab

1.Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

2.Pergaulan bebas lelaki perempuan itu adalah satu perkara yang mendekatkan kepada zina yang sepatutnya anggota masyarakat membenci dan membenterasnya secara bersungguh-sungguh. Kalau di zaman dulu terutamanya di kampung-kampung, seorang wanita berjalan seiring dengan seorang lelaki tanpa ada orang ketiga boleh dianggap salah dan dilarang, tetapi zaman sekarang kalau lelaki dan wanita berjalan berpimpin tangan atau berjalan sambil berpelukan sudah menjadi perkara biasa kepada kita.

3.Dalam perkara membuang bayi ini kita sebagai anggota masyarakat harus juga dipersalahkan. Kita selalunya memandang hina kepada mereka yang mengandungkan anak luar nikah tetapi kita tidak pernah memandang hina kepada anak-anak muda yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Padahal pergaulan bebas inilah punca sebenar kepada masalah buang bayi ini. Kita tidak pernah melarang dan mencaci anak-anak muda kita yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di dalam Quran, Tuhan bukan sahaja melarang perbuatan zina tetapi perkara-perkara yang mendekatkan kepada zina juga turut dilarang.

4.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.

5.Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

6.Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya ”.

Penulis telah berjaya mencari langkah-langkah terbaik bagi mengatasi masalah pembuangan bayi ini. Antara langkah-langkahnya adalah peranan ibubapa itu sendiri, peranan sekolah, pencegahan yang dilakukan sebelum berlaku apa-apa yang tidak diingini, dan memberi bantuan kepada remaja perempuan yang hamil luar nikah. Penulis yakin dengan langkah-langkah yang diperolehi ini mampu mengurangkan masalah pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini. Justeru itu, semua pihak perlulah berganding bahu dalam membendung gejala sosial itu agar tidak ada lagi anak-anak luar nikah yang dilahirkan terbiar dan tidak mendapat kasih sayang yang sewajarnya.dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-47264565866470703372011-02-07T17:12:00.002+08:002011-02-07T17:25:18.915+08:00Hubungan SejenisSejak kebelakangan ini, gejala Homoseksual sering diperdebatkan. Jika dahulu, hendak menyebut perkataannya pun sudah membangkitkan rasa malu dan jelik. Tetapi kini, kita boleh lihat bagaimana terdapat beberapa individu mula mengaku mereka adalah ‘gay’ atau dalam istilah yang lebih ‘mulia’- mempunyai naluri songsang. Yang peliknya, mereka langsung tidak malu apatah lagi takut kepada Yang Maha Esa untuk mengaku menjadi seorang homoseksual.

Apa itu Homoseksual?

Homoseksual dalam istilah yang sebenarnya adalah hubungan kelamin yang melibatkan sesama jenis samaada lelaki atau perempuan. Namun, masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan sesama lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebetulnya yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Istilah Homoseksual diambil daripada dua perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu Homo dan Seksual. Homo bermaksud sejenis dan Seksual bermaksud kegiatan atau hubungan seks.

Istilah Homoseksual kontra kepada istilah Heteroseksual yang mana ia membawa maksud hubungan seks berlainan jenis. Lumrah manusia adalah bergitu. Allah swt menciptakan manusia berpasangan iaitu lelaki dan wanita untuk dijadikan pasangan.Bagi masyarakat Arab, istilah Homoseksual dirujuk dengan istilah Liwath. Liwath mengambil daripada kata akar Lut. Lut adalah Rasul yang diutuskan Allah di dua buah daerah yang terletak di negara Jordan sekarang iaitu Sodom dan Gomorrah yang mana masyarakatnya mengamalkan kehidupan songsang.

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. sama-samalah kita fikirkannya.dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6408612813287210380.post-37254913058670105722011-01-17T14:32:00.003+08:002011-01-24T21:07:30.581+08:00pengkid

PENGKID adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku, sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis.

Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki.

Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki.

Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan.

Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan.

Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih.

Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.

Pengkid dipanggil juga 'tomboi' kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan.

Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870.

Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk kepada pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubung kait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain.

Hubungan lesbian juga menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek.

Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: "Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka, remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan."

Ahli seni lama Greek Lucian menggunakan 'lesbian' sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain.

Dari tahun 1920-an, lesbian menjadi istilah yang biasa digunakan. Sesetengah wanita yang terbabit dalam hubungan jantina sama jenis tidak menampilkan imej dirinya lesbian tetapi sebagai biseksual, iaitu suka kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita serta sikap ganjil yang lain.

Islam dari awal mengecam keperibadian buruk seperti itu, lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.

Hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Ashabus Sunan dari Ibnu Abbas, katanya (maksud): "Rasulullah s.a.w melaknati kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita yang menyerupai lelaki.

Dalam hadis diriwayatkan Bukhari lagi: "Rasulullah s.a.w melaknati pondan-pondan dari lelaki dan juga wanita-wanita yang menyerupai lelaki."

Ahmad dan at-Tabrani meriwayatkan daripada seorang lelaki dari suku Huzail, katanya: "Saya telah melihat Abdullah bin Amru bin al-Ash yang rumahnya di tanah halal sedang masjidnya pula di tanah haram, katanya:

Ketika aku berada di sisinya, dia terlihat Ummi Said binti Abu Jahal membawa busur dan panah dan dia berjalan berlagak seperti lelaki, maka bertanya Abdullah; siapa wanita ini? Jawabku, Ummi Said binti Abu Jahal. Maka kata Abdullah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kita orang yang menyerupai lelaki dari kaum wanita dan tidak juga orang yang menyerupai wanita dari kaum lelaki."

Perubahan budaya sudah lama berlaku di Barat, malah kini ia berada pada tahap kritikal kerana dalam sesetengah masyarakatnya membenarkan perhubungan romantis di antara sesama jantina, bagi menzahirkan kehidupan mereka lebih bebas.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai pengkid.

Sesetengah pihak cuba bersuara untuk mempertahankan hubungan di luar fitrah sesama wanita, dengan alasan suatu kebebasan dan kononnya prinsip sama rata bagi golongan terbabit, sedangkan ia jauh terpesong daripada fitrah kemanusiaan dan terang-terang merosakkan imej wanita.

Walaupun segelintir mereka yang terbabit dengan nafsu songsang itu mendakwa mendapat kepuasan, ketenangan dan kedamaian, tetapi ia sebenarnya ketenangan palsu, malah lebih kepada kecelaruan. Semuanya tidak lebih daripada kebejatan sosial yang perlu dijauhi.

Malah, mereka menimbulkan perdebatan membabitkan hak dan persamaan mereka dengan lelaki, mencacatkan undang-undang Islam mengenai perkara poligami, yang semua itu untuk membangkitkan kekeliruan dan menimbulkan syak terhadap kesesuaian syariat Islam dan amalannya dalam kehidupan ini.

Al-Quran menempelak mereka yang mengikut nafsu: "Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqan: 43-44)

dragonballhttp://www.blogger.com/profile/00090545425094838800noreply@blogger.com0