Isnin, 14 Februari 2011

Bahan Lucah

Bahan-bahan lucah boleh diibaratkan sebagai dadah. Cuma kesannya secara sedikit demi sedikit merosakkan hati dan fikiran. Ia boleh mengakibatkan ketagihan yang akan membawa kesan buruk jangka panjang. Ia seperti bom jangka yang menyala di dalam diri. Ciri-ciri ketagihan yang ada pada dadah, rokok dan perkara yang seumpamanya ada pada bahan-bahan lucah. Misalnya, bila kita melihat bahan-bahan lucah ia hanya memberi kesan seronok yang sementara. Namun lama-kelamaan ia akan menjadi fokus utama dalam hidup tanpa disedari.

KETAGIHAN seks di kalangan remaja mungkin agak melampau jika dihebahkan kerana dalam usia muda, mereka sepatutnya menumpukan kepada perkara-perkara berfaedah.
Namun, pengaruh persekitaran, perkembangan teknologi dan lambakan bahan-bahan lucah menyebabkan minda re maja mudah terdorong ke arah aktiviti tidak sihat.

Jika sahaja gejala Mat Rempit yang sanggup menggunakan gadis bawah umur atau bohsia untuk memuaskan nafsu mereka. Itu belum mengambil kira tindak tanduk remaja yang terjerumus dalam kancah maksiat seperti pelacuran, pelanggan pelanggan (GRO) dan dadah. Remaja zaman siber bukan seperti zaman belum merdeka kerana minda mereka berkembang dengan pantas dan boleh melakukan sesuatu secara tiba-tiba. Pendedahan terhadap bahan pornografi termasuk filem lucah sejak kanak-kanak mendorong seseorang mengalami ketagihan seks apabila meningkat remaja. Gejala ketagihan seks boleh mendorong jenayah seksual dikalangan remaja kerana dalam usia belasan tahun, mereka mempunyai sifat ingin tahu.

1 ulasan: