Satu lagi gejala yang semakin menular ialah bersekedudukkan iaitu pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah.Hanya kerana ingin menikmati kebebasan, golongan remaja yang tidak tahu malu sanggup bersekedudukan dalam satu rumah tanpa menghiraukan adab resam dan agama.Difahamkan, bersekedudukan nampaknya sudah menjadi trend di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota dan ia perkara biasa.
Bersekedudukan adalah fenomena yang bermula dari Barat dan kini mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat kita. Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan.
Ini terbukti apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun 2008 seramai 16,541 manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.Angka tersebut meliputi anak-anak yang lahir di luar perkahwinan atau anak luar nikah.
Bagi masyarakat yang sudah luntur nilai moral beranggapan tindak-tanduk seseorang dalam pergaulan seharian adalah soal peribadi yang tidak boleh sesiapa pun campur tangan, termasuk ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang individualistik yang hilang pegangan hidup beragama akan berakhir dengan cara hidup primitif.Golongan ini dengan mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala negatif seperti bersekedudukan.
Sumber:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
The Admiral: Roaring Currents (2014)
8 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan