Isnin, 7 Februari 2011

Hubungan Sejenis

Sejak kebelakangan ini, gejala Homoseksual sering diperdebatkan. Jika dahulu, hendak menyebut perkataannya pun sudah membangkitkan rasa malu dan jelik. Tetapi kini, kita boleh lihat bagaimana terdapat beberapa individu mula mengaku mereka adalah ‘gay’ atau dalam istilah yang lebih ‘mulia’- mempunyai naluri songsang. Yang peliknya, mereka langsung tidak malu apatah lagi takut kepada Yang Maha Esa untuk mengaku menjadi seorang homoseksual.



Apa itu Homoseksual?

Homoseksual dalam istilah yang sebenarnya adalah hubungan kelamin yang melibatkan sesama jenis samaada lelaki atau perempuan. Namun, masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan sesama lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebetulnya yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Istilah Homoseksual diambil daripada dua perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu Homo dan Seksual. Homo bermaksud sejenis dan Seksual bermaksud kegiatan atau hubungan seks.

Istilah Homoseksual kontra kepada istilah Heteroseksual yang mana ia membawa maksud hubungan seks berlainan jenis. Lumrah manusia adalah bergitu. Allah swt menciptakan manusia berpasangan iaitu lelaki dan wanita untuk dijadikan pasangan.Bagi masyarakat Arab, istilah Homoseksual dirujuk dengan istilah Liwath. Liwath mengambil daripada kata akar Lut. Lut adalah Rasul yang diutuskan Allah di dua buah daerah yang terletak di negara Jordan sekarang iaitu Sodom dan Gomorrah yang mana masyarakatnya mengamalkan kehidupan songsang.

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. sama-samalah kita fikirkannya.

1 ulasan: