Isnin, 14 Februari 2011

Bahan Lucah

Bahan-bahan lucah boleh diibaratkan sebagai dadah. Cuma kesannya secara sedikit demi sedikit merosakkan hati dan fikiran. Ia boleh mengakibatkan ketagihan yang akan membawa kesan buruk jangka panjang. Ia seperti bom jangka yang menyala di dalam diri. Ciri-ciri ketagihan yang ada pada dadah, rokok dan perkara yang seumpamanya ada pada bahan-bahan lucah. Misalnya, bila kita melihat bahan-bahan lucah ia hanya memberi kesan seronok yang sementara. Namun lama-kelamaan ia akan menjadi fokus utama dalam hidup tanpa disedari.

Hukuman Mati

Suatu hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh samada secara pancung, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan.Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian " Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

AIDS

Laman Web Majlis AIDS Malaysia (MAM) meletakkan tanda amaran di halaman hadapannya, bahawa pada masa ini dianggarkan setiap hari kira-kira 10 rakyat negara ini dikesan dijangkiti HIV positif (Human Immunodeficiency Virus) iaitu sejenis virus dari kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat kepada pesakit.

Pengguguran Kandungan

Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan. Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Isu Penderaan Kanak-Kanak

Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga 2009.Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Bersekedudukan

Satu lagi gejala yang semakin menular ialah bersekedudukkan iaitu pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah.Hanya kerana ingin menikmati kebebasan, golongan remaja yang tidak tahu malu sanggup bersekedudukan dalam satu rumah tanpa menghiraukan adab resam dan agama.Difahamkan, bersekedudukan nampaknya sudah menjadi trend di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota dan ia perkara biasa.