Isnin, 14 Februari 2011

Isu Penderaan Kanak-Kanak

Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan kes penderaan kanak-kanak di negara kita semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti yang dilaporkan antara 2006 hingga 2009.Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes, didikuti Perak dengan 91 kes, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes.

Selain itu, statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Dari segi kaum, beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal, seksual dan emosi. Bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi, 16 kes.

Justeru, kita perlu bertindak segera untuk memperbetulkan keadaan ini sebelum berlarutan. Semua pihak perlu berganding bahu menyelamatkan institusi kekeluargaan di negara kita. Hanya keluarga yang bahagia dan harmoni mampu melahirkan masyarakat yang cemerlang dan hebat.

Kita harap baik pihak kerajaan, jabatan agama mahupun badan bukan kerajaan (NGO) dapat memainkan peranan yang lebih agresif dalam mendidik kembali masyarakat kita mengenai nilai kekeluargaan sejati seperti kasih sayang dan cinta agar kita dapat melahirkan masyarakat madani yang progresif seperti kita idamkan supaya kita lebih bersedia untuk menongkah arus pemodenan yang penuh dengan pelbagai dugaan dan rintangan ke atas sistem nilai dan sosial penduduk negara ini.

Sumber:
Jabatan Kemajuan Masyarakat

1 ulasan:

  1. ada perkara paling baru tak tentang kes penderaan kanak-kanak ? mungkin issue atau penemuan baru yang lebih efektif untuk mengcegahnya atau mengurangkan jenayah ini?

    BalasPadam