Isnin, 14 Februari 2011

Hukuman Mati

Suatu hukuman yang diputuskan oleh pihak mahkamah membabitkan pesalah dibunuh samada secara pancung, gantung, suntikan maut dan sebagainya.

PIHAK YANG MENENTANG HUKUMAN MATI

-Hukuman mati tidak berperikemanusiaan, kejam,zalim dan tidak bertamadun serta menjatuhkan martabat manusia. Ketidakadilan dan kesilapan mungkin berlaku dalam pengadilan dan penjatuhan hukuman.
-Mengganggu proses perundangan sesebuah negara kerana memakan masa perbicaraan yang lama.
-Tidak dapat mencegah jenayah berbanding hukuman penjara untuk jangka masa panjang.

PIHAK YANG MENYOKONG HUKUMAN MATI

-Adil bagi mereka yang melakukan kesalahan besar seperti membunuh. Pesalah merbahaya tidak semestinya dibiarkan hidup kerana dia akan mengulangi perbuatannya atau mempengaruhi orang lain.
-Dapat mengurangkan kos yang tinggi untuk memelihara banduan di dalam penjara untuk tempoh masa yang lama. Sebagai satu cara pencegahan - Amaran untuk orang ramai.

Pandangan mengenai hukuman mati

Di Malaysia, hukuman mati dijalankan contohnya di bawah Akta Senjata Api, Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan membunuh orang.

Dari sudut agama Islam pula, hukuman mati termasuk dalam jenayah hudud dan qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati ialah sebagai pembalasan, pencegahan dan pemulihan.

Sumber:
Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan