Isnin, 14 Februari 2011

Pengguguran Kandungan

Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan. Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Sumber:
Wikipedia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan